Wednesday 11 February 2015

Teknik Mengarang - Karangan PT3

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:
1.     RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN            : 1 Perenggan : 30 Perkataan

ISI                                   : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan

PENUTUP                      : 1 Perenggan  : 30 Perkataan

2.     BENTUK PERENGGAN:

JENIS AYAT
PENDAHULUAN
ISI
PENUTUP
Ayat Topik
Tema
Kehendak  Soalan
1 /  2/ 3 / 4
Merumus
 Kehendak Soalan
Ayat Huraian
Huraian Tema
Huraian
Kehendak Soalan
Ulasan Tema
Ayat Contoh
Bukti Huraian Tema
Bukti
Kehendak Soalan
Cadangan
Ayat  Rumus
Kehendak  Soalan

Menegaskan Kehendak Soalan
Harapan

3.     ASPEK SOALAN:

a.     Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b.    Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik  /  Bagaimana / Usaha
c.     Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan



TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3
1.     Teknik Menganalisis Soalan Karangan:

1.1  Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2  Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)

Contoh:

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Tema                    : PenggunaanTelefon Bimbit
Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan  
Format Karangan : Karangan Fakta









  1. Teknik Menulis Rangka Karangan:
2.1  Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik
Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global
Ayat Huraian
Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh
melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus
Banyak membawa kebaikan

          Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih.  Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.


2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.

a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
1.     memudahkan komunikasi antara manusia
2.     mengurangkan membeli peralatan kamera
3.     meluaskan pengetahuan –internet
4.     menghiburkan hati

b.   Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk. Tulis 1 isi dalam 1 perenggan.

c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik
Memudahkan komunikasi antara manusia
Ayat Huraian
Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-manapun kita berada.
Ayat Contoh
Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber
kosnya kurang daripada telefon biasa
Ayat Rumus
Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

        Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit  memudahkan komunikasi antara manusia. Kita boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti  ‘sms’, ’mms’,   ‘watsapp’, telegram,viber dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga kurang berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik
Berfaedah kepada sesiapa sahaja
Ayat Huraian
Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh
Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus
Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

           Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa manusia     di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.

57 comments:

  1. TQ CGU FOR THIS INFO..
    SAYA COPY YEE...

    ReplyDelete
  2. Hai cikgu...saya asiah,part time tutor...saya ambil nita cikgu ni utk rujukan saya...mohon dibenarkan ye cikgu...semoga cikgu bertambah rezeki...terima kasih...

    ReplyDelete
  3. sangat membantu dan mudah untuk difahami.. mohon share ya cikgu, terima kasih

    ReplyDelete
  4. mohon share cikgu... terima kasih

    ReplyDelete
  5. saya husna. saya mohon guna nota cikgu sebagai bahan untk mengajar murid sya ya. terima kasih

    ReplyDelete
  6. Ilmu untuk berkongsi bersama. Silakan...

    ReplyDelete
  7. mohon kebenaran untuk digunakan ye

    ReplyDelete
  8. Selamat sejahtera cikgu. Saya minta izin cikgu untuk menggunakan nota ini sebagai bahan untuk mengajar murid saya ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. salam sejahtera, izinkan saya untuk menggunakan nota ini sebagai bahan bantu mengajar cikgu. Semoga teknik ini mudah diguna pakai oleh para pelajar saya.

    ReplyDelete
  10. salam sejahtera, izinkan saya untuk menggunakan nota ini sebagai bahan bantu mengajar cikgu. T.KSH

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..saya mohon share bahan ini utk pdpc saya ye cikgu..terima kasih di atas perkongsian bahan...

    ReplyDelete
  12. mohon share dan guna untuk pdpc.. tq ya

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. mohon izin saya gunakan bahan ya cikgu untuk anak2 pelajar...

    ReplyDelete
  15. izinkan saya guna utk mengajar anak

    ReplyDelete
  16. mohon izinkan saya gunakan bahan cikgu utk ajar pelajar saya

    ReplyDelete
  17. Mohon izinkan saya berkongsi bahan cikgu untuk membantu adik saya. Terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  18. mohon izin saya menggunakan nota ini sebagai bahan rujukan...tq

    ReplyDelete
  19. Izinkan saya menggunakan bahan cikgu ye

    ReplyDelete
  20. Izinkan saya untuk menggunakan bahan cikgu ini...sangat bermanfaat untuk pelajar..terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum
    Saya mohon untuk gunakan bahan cikgu ni .
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum
    Saya minta izin untuk gunakan bahan ini. .Terima kasih.

    ReplyDelete
  23. salam sejahtera. sy mohon utk share bhn. tqvm ckg

    ReplyDelete
  24. Izinkan saya shre nota cg ya..terima kasih

    ReplyDelete
  25. Salam sejahtera cikgu. Saya mohon share bahan ni. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  26. anda shared saya ambik ya.. terima kasih daun keladi

    ReplyDelete
  27. Sy share untk pdpc ya.. Terima kasig😊

    ReplyDelete
  28. Tq cikgu sbb bgi rujukan yang amat senang

    ReplyDelete
  29. terima aksih cikgu,,saya mohon diguna pakai

    ReplyDelete
  30. Terima kasih cikgu, mohon keizinan untuk guna ya, cikgu.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Cikgu.. izinkan saya guna nota ini sebagai panduan untuk membuat karangan.. terima kasih

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum cikgu... Nota ini sangat membantu. Saya minta kebenaran copy dan share ya... terima kasih...

    ReplyDelete
  33. Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu yang menarik dan mudah difahami. Saya mohon izin share Semoga cikgu terus dilimpahkan rezeki.

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum cikgu, saya copy n paste ye nota cikgu. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  35. terima kasih atas info cikgu. Saya mohon copy utk kongsi dengan murid-murid.

    ReplyDelete
  36. Salam cg, tq cikgu untuk info ni

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum cikgu.izinkan saya menggunakan nota ini ye.terima kasih

    ReplyDelete
  38. veli gooooooooooooooooooooooooooooooodddddddddddddddd mahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  39. Terima kasih atas perkongsian cikgu. Saya harap cikgu izinkan saya gunakan nota cikgu dalam kelas saya.

    ReplyDelete
  40. Terima kasih atas perkongsian. Mohon keizinan untuk menggunakan nota cg ini.

    ReplyDelete
  41. Izinkan saya guna ilmu ini sebagai panduan ye Terima kasih ~~ semoga cg dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  42. Assalam cikgu...mohon izin untuk guna nota.

    ReplyDelete
  43. Terima kasih cikgu.Mohon izin untuk guna nota cikgu ye.Semoga cikgu dilimpahkan lagi rezeki.

    ReplyDelete