Saturday 4 February 2017

KARANGAN FAKTA (Tahun 4)

Soalan: Setiap orang mempunyai hobi. Nyatakan kebaikan hobi yang kamu gemari.

Langkah 1: Analisis soalan.

Setiap orang mempunyai hobi. Nyatakan kebaikan hobi yang kamu gemari.

Tema

Kehendak Soalan

Format


Langkahn 2: Rangka Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik
Setiap orang mempunyai hobi-membaca, bersukan, mengumpul setem
Ayat Huraian
Hobi saya - bersukan
Ayat Rumus
Hobi ini banyak membawa kebaikan kepada saya







Langkah 3: Rangka Perenggan Isi 1

Ayat Topik
Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah - masa itu emas
Ayat Huraian
Bermain bola sepak/badminton - pada waktu petang
Ayat Rumus
Mengelakkan diri daripada kegiatan yang merugikan seperti melepak.









Langkah 4: Rangka Perenggan Isi 2
Ayat Topik
Menyihatkan tubuh - badan cergas otak cerdas
Ayat Huraian
Bermain-Melancarkan aliran darah dan otot menjadi kuat
Ayat Rumus
Menghindarkan penyakit berbahaya











Langkah 5: Rangka Perenggan Isi 3

Ayat Topik
Bermain dalam kumpulan - Memperoleh ramai kenalan
Ayat Huraian
Bekerjasama dengan pemain lain untuk mencapai kejayaan pasukan
Ayat Rumus
Mengeratkan hubungan silatulrahim tanpa mengira bangsa dan agama










Langkah 6: Rangka Perenggan Penutup

Ayat Topik
Hobi saya banyak membawa kebaikan kepada saya
Ayat Huraian
Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mempunyai hobi sejak kecil
Ayat Rumus
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya










Wednesday 11 February 2015

Teknik Mengarang - Karangan PT3

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:
1.     RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN            : 1 Perenggan : 30 Perkataan

ISI                                   : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan

PENUTUP                      : 1 Perenggan  : 30 Perkataan

2.     BENTUK PERENGGAN:

JENIS AYAT
PENDAHULUAN
ISI
PENUTUP
Ayat Topik
Tema
Kehendak  Soalan
1 /  2/ 3 / 4
Merumus
 Kehendak Soalan
Ayat Huraian
Huraian Tema
Huraian
Kehendak Soalan
Ulasan Tema
Ayat Contoh
Bukti Huraian Tema
Bukti
Kehendak Soalan
Cadangan
Ayat  Rumus
Kehendak  Soalan

Menegaskan Kehendak Soalan
Harapan

3.     ASPEK SOALAN:

a.     Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b.    Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik  /  Bagaimana / Usaha
c.     Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan



TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3
1.     Teknik Menganalisis Soalan Karangan:

1.1  Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2  Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan (P)

Contoh:

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.

Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Tema                    : PenggunaanTelefon Bimbit
Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan  
Format Karangan : Karangan Fakta









  1. Teknik Menulis Rangka Karangan:
2.1  Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik
Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global
Ayat Huraian
Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh
melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus
Banyak membawa kebaikan

          Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih.  Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.


2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.

a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
1.     memudahkan komunikasi antara manusia
2.     mengurangkan membeli peralatan kamera
3.     meluaskan pengetahuan –internet
4.     menghiburkan hati

b.   Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur aduk. Tulis 1 isi dalam 1 perenggan.

c. Rangka Perenggan Isi (1):

Ayat Topik
Memudahkan komunikasi antara manusia
Ayat Huraian
Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di mana-manapun kita berada.
Ayat Contoh
Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber
kosnya kurang daripada telefon biasa
Ayat Rumus
Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

        Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit  memudahkan komunikasi antara manusia. Kita boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti  ‘sms’, ’mms’,   ‘watsapp’, telegram,viber dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga kurang berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup

Ayat Topik
Berfaedah kepada sesiapa sahaja
Ayat Huraian
Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh
Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus
Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

           Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa manusia     di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.